

Sime Darby Auto ConneXion-Ford (Auto ConneXion) baru-baru ini telah mengadakan acara off-road yang memacu adrenalin, Ford Raptor Rev, di Sepang. Acara selama dua hari yang berlangsung pada 22-23 Februari itu berjaya menghimpunkan sejumlah 80 pemilik Ford Ranger Raptor serta 439 peminat aktiviti lasak off-road yang ingin merasai sendiri kehebatan trak berprestasi tinggi itu.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti sesi pemanduan Hot Laps di laluan Baja, ujian pemanduan Ranger Raptor, serta kehadiran personaliti terkenal yang turut mencuba cabaran Hot Lap.
Menurut Pengarah Urusan Auto ConneXion, Turse Zuhair, Raptor Rev bukan sekadar acara pemanduan biasa, tetapi satu platform untuk meraikan keunikan Ranger Raptor serta membina komuniti peminat off-road yang lebih kukuh.
Eksklusif untuk Pemilik Ranger Raptor




Pemilik Ranger Raptor yang berdaftar berpeluang menyertai sesi bengkel dan latihan off-road eksklusif. Antara cabaran yang disediakan termasuk latihan melompat dan meluncur (jumping & drifting), cabaran 4x4, serta mengikuti latihan pemanduan Baja yang penuh dengan cabaran.

Seorang pakar dari Ford Australia, Chris Dean, turut hadir bagi memberikan penjelasan mendalam tentang sistem suspensi FOX yang menjadi tunjang utama kemampuan off-road Ranger Raptor. Bengkel ini membantu peserta memahami bagaimana teknologi yang diinspirasikan daripada Baja (Baja-inspired) pada Raptor direka untuk menakluk permukaan mencabar pada kelajuan tinggi.
Kemeriahan untuk Semua Pengunjung




Bukan sekadar untuk pemilik Raptor, acara ini turut dibuka kepada orang ramai yang ingin merasai sendiri kehebatan trak off-road ini. Antara aktiviti yang mendapat sambutan hangat termasuk:
Hot Laps – Peluang merasai keupayaan Baja Ranger Raptor dengan bimbingan pemandu profesional.Ujian Pemanduan – Pengunjung dapat memandu Ranger Raptor melalui laluan on-road dan off-road yang disediakan.Aktiviti Interaktif – Acara turut dimeriahkan dengan trak makanan, persembahan, serta hadiah menarik untuk dimenangi.
Empat personaliti terkenal, pelakon dan peminat automotif Ezzrin Loy, pemain bola sepak dan peminat 4x4, Intan Serah, bekas atlet boling kebangsaan Syaidatul Afifah, serta pelumba drift profesional Hee Wei Seng, turut mencuba Hot Lap bersama peminat bertuah.
BFGoodrich Perkasa Pengalaman Off-Road


Jenama tayar lasak terkenal, BFGoodrich, yang merupakan rakan utama acara ini, menampilkan pelbagai aktiviti teknikal serta bengkel khas mengenai pemilihan dan prestasi tayar off-road. Pengunjung turut berpeluang melihat sendiri tayar baharu BFGoodrich KO3 yang menawarkan ketahanan dan prestasi luar jalan terbaik.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ford dan acara masa depan, ikuti Ford Malaysia di Facebook, Instagram, X dan YouTube atau layari www.sdacford.com.my.


