Ford Tidak Meneruskan Paten Sistem “Tarik Kereta” Secara Swapandu Apabila Tidak Dibayar

TechnologyDigitalCars
22 Jan 2024 • 9:23 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Di Malaysia antara sebab utama seseorang boleh jatuh muflis ialah kegagalan membayar ansuran bulanan kereta. Bank kemudian menggunakan perkhidmatan tarik kereta untuk mendapatkan semula kenderaan daripada penghutang yang culas. Kerana ingin bergaya dengan kereta, harta tergadai semuanya.

Ford sebelum ini mempatenkan teknologi kereta yang akan memandu diri sendiri ke Ford sekiranya pemilik tidak membayar ansuran pinjaman bulanan. Sistem swapandu yang sepatutnya membantu pemilik apabila diperlukan kini menjadi tukang tarik kereta automatik tanpa campur tangan manusia.

image is not available

Paten ini walau bagaimanapun tidak diteruskan oleh Ford selepas tempoh pemilikannya luput pada penghujung tahun lalu. Besar kemungkinan kerana selepas berita kewujudannya dilaporkan, ia menerima reaksi negatif daripada orang ramai yang merasakan ia adalah ciri yang membuatkan mereka tidak akan membeli kenderaan buatan Ford.

Bagi mengelakkan masalah, pada peringkat awal sistem hanya akan mengunci kenderaan pada hujung minggu sebagai amaran kepada pemilik untuk melakukan bayaran. Kenderaan masih boleh digunakan pada hari bekerja supaya tidak mengganggu pemilik bekerja. Ia turut mempunyai sistem kecemasan yang membenarkan ia digunakan ketika situasi kecemasan. Kereta hanya akan memandu kembali ke pusat Ford berhampiran sebagai langkah akhir sekiranya pemilik masih enggan melakukan pembayaran.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved