Forestieri sah tinggalkan JDT

Football
7 Jan 2024 • 6:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Forestieri. Foto JOHOR Southern Tigers

PENYERANG kelahiran Argentina Fernando Forestieri sah meninggalkan juara Liga Super 10 kali berturut-turut Johor Darul Ta'zim (JDT).

Perkara tersebut dikongsi JDT pada Ahad menerusi laman Facebook JOHOR Southern Tigers, sambil mengucapkan terima kasih di atas khidmat pemain berusia 33 tahun itu sejak menyertai gergasi bola sepak negara pada permulaan musim 2022.

"Selamat maju jaya, Forestieri,” menurut hantaran tersebut.

Forestieri merupakan sebahagian daripada skuad Harimau Selatan yang mencipta sejarah memenangi ‘double quadruple’ pada 2022 dan 2023.

Beliau telah meledak 47 gol dan 21 bantuan jaringan sepanjang 69 penampilan bersama JDT.

Bekas pemain bawah 21 tahun Itali berkenaan, sebelum ini pernah menyertai beberapa kelab di Eropah antaranya Malaga, Watford dan Udinese. - Bernama.