Fosil Haiwan Terbesar Dunia Ditemukan Di Peru

WorldTechnologyDigitalSpace
3 Aug 2023 • 8:49 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Haiwan terbesar dalam sejarah dunia ialah paus biru yang boleh mencapai berat 180 tan dan sepanjang 30 meter. Tetapi fosil haiwan purba yang baru ditemukan di Peru baru-baru ini bakal mengubah status paus biru dan pemahaman saintis mengenai evolusi spesis ikan paus.

image is not available

Fosil paus purba Perucetus colossus ditemukan di lembah Ica, Selatan Peru dan terdiri daripada 13 tulang vertebrat, empat rusuk dan satu tulang pinggul. Berdasarkan fosil berusia sekitar 39 juta tahun ini, saintis menganggarkan Perucetus colossus adalah sepanjang 20 meter dengan berat mencecah 340 tan sekaligus menjadikannya haiwan terbesar dalam sejarah dunia setakat ini.

image is not available

Tulang Perucetus colossus adalah lebih berat dan tumpat jika dibandingkan dengan paus moden. Kerana saiznya yang sangat besar, saintis kini berhadapan dengan isu mengenai evolusi spesis ikan paus kerana selama ini teori mengatakan paus hanya menjadi besar sekitar 3 juta yang lalu. Dengan penemuan ini, pemahaman saintis mengenai paus akan berubah.

View Original Article