Fossil henti pengeluaran jam pintar Wear OS, Gen 6 versi terakhir yang dihasilkan

29 Jan 2024 • 11:48 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Fossil Group telah mengumumkan untuk berhenti menghasilkan jam tangan pintar dan siri Gen 6 akan menjadi keluaran terakhirnya. 

Fossil merupakan antara pengeluar jam tangan pintar Wear OS utama di dunia. Penarikan diri Fossil daripada pasaran dipercayai akan meninggalkan jurang yang besar dalam ruang penghasilan jam tangan pintar Wear OS.

Menurut Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Fossil, Jeff Boyer, "Fossil akan mengubah hala sumber dan memfokuskan kepada penghasilan jam tangan tradisional, barang kemas serta barangan kulit."

Fossil Gen 6, akan dapat kemas kini untuk beberapa tahun

Fossil Gen 6 adalah jam tangan bersaiz 44mm yang dipasangkan dengan skrin OLED bulat 1.28-inci dan direka dalam beberapa pilihan gaya berbeza.

image is not available
Antara pilihan reka bentuk Fossil Gen 6

Siri Gen 6 menjadi jam tangan pintar terakhir dikeluarkan syarikat berkenaan, telah dilancarkan pada tahun 2021. Ia dikatakan akan menerima kemas kini untuk tempoh beberapa tahun akan datang.

Fossil Group dijangka akan mengumumkan Gen 7 yang menggunakan platform Snapdragon W5 Plus Qualcomm tahun lepas, namun nampaknya ia tidak akan menjadi kenyataan.

image is not available

Sekiranya anda sedang berkira-kira untuk mendapatkan jam tangan pintar terakhir keluaran Fossil, anda boleh mendapatkan secara atas talian di laman web rasminya, ada potongan harga lagi.

[Sumber: The Verge]