(FOTO) “Allah Je Tahu Betapa Sakit Tahan Rindu..” – Doa Disatukan Satu Hari, Noh Salleh Dedah Wajah Anak

2 Dec 2023 • 6:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui perkongsiaan terbaru penyanyi Noh Salleh di Instagram, setelah sekian lama, akhirnya dia memuat naik wajah anak angkatnya, Musa yang kelihatan sungguh comel.

Dapat dilihat dalam gambar yang dimuat naik, Noh sedang mendukung anak lelakinya itu.

Di kapsyen gambar berkenaan, Noh meluahkan rasa rindu dan berharap agar satu hari mereka disatukan semula agar Musa dapat merasai kasih sayang seorang ayah yang sepatutnya.

Sebelum ini, Noh Salleh dan Mizz Nina membuat pengumuman bahawa mereka mengambil anak angkat yang diberi nama Musa, namun berpisah lima bulan kemudian.

image is not available 5 months ago

Berebut Hak Penjagaan Anak, Noh Salleh Hidupnya Sukar Setelah Bercerai Dengan Mizz Nina