(FOTO) Ambil Masa 5 Bulan Saja, Kawasan Hijau Di Mekah Meningkat Naik 600%

8 Jan 2024 • 10:43 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Untuk info ramai, keadaan di tanah Arab hingga ke hari ini telah mencapai 600 peratus kawasan hijau dan ia hanya mengambil masa selama lima bulan saja.

Ogos – Disember 2023

Pusat Pembangunan Penanaman Tumbuhan dan Menangani Kegersangan Gunung Kebangsaan melaporkan kejadian itu berlaku di antara bulan Ogos hingga ke Disember 2023.

Ia berlaku susulan kadar hujan yang tinggi mencecah 200 milimeter di beberapa kawasan di Mekah.

image is not available

Jumlah kawasan dilitupi tumbuh-tumbuhan

Difahamkan dari laporan Berita Harian, analisis data penderiaan jauh (remote sensing) mendedahkan jumlah kawasan yang sudah dilitupi tumbuh-tumbuhan hijau di Mekah pada Ogos 2023 ialah 3,549.4 kilometer persegi.

Kawasan hijau naik mendedak beberapa bulan selepas itu susulan peningkatan hujan hingga mencapai 26,256 kilometer persegi menjelang akhir tahun.

image is not available

image is not available 5 months ago

(VIDEO) Suasana Jadi Huru-Hara, Ribut Petir & Hujan Ais Landa Tanah Suci Mekah