Foto Ayam Digoreng Semula Selepas Pelanggan Mengadu Masih Mentah Undang Perhatian

Food
24 Aug 2026 • 2:44 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang pelanggan meluahkan rasa kecewa selepas menjamah ayam goreng mentah di sebuah restoran terletak di Senai, Johor.

Jelasnya, dia menyedari ayam itu kurang masak selepas melihat kesan darah daripada bahagian tulang ayam tersebut. Menerusi foto dikongsi, anda boleh lihat bahawa ayam itu sememangnya masih mentah, merah dan tidak selamat untuk dimakan.

Image from: Foto Ayam Digoreng Semula Selepas Pelanggan Mengadu Masih Mentah Undang Perhatian

Dia kemudiannya mengadu tentang perkara tersebut kepada pemilik restoran terbabit dan pemilik kedai itu dengan lantas membawa ayam berkenaan ke dapur.

Namun apa yang membuatkan pelanggan berkenaan terkejut dan kecewa apabila seorang pekerja restoran itu bertindak menghidangkan ayam yang sama namun dalam versi yang sudah digoreng semula.

Pelanggan Bimbang Tahap Kebersihan Kedai Makan Selepas Hidang Ayam Yang Digoreng Semula

Perkara itu sekaligus membuatkan pelanggan tersebut berasa was-was selain bimbang tentang aspek kebersihan di kedai makan terbabit.

“Segan nak minta ayam baru sebab dah makan separuh. Tapi macam tak bersih pula bila ayam yang pelanggan dah makan digoreng balik macam tu,” katanya.

Dia juga meluahkan khuatir sekiranya pekerja menggunakan minyak masak yang sama untuk menggoreng ayamnya dan makanan pelanggan lain.

“Tak Ada Seorang Pun Minta Maaf Sebab Bagi Ayam Mentah” – Pelanggan

Malah dakwa pelanggan itu, tiada sesiapa dari pihak restoran yang meminta maaf kepadanya kerana telah menghidangkan ayam mentah.

“Mula dari owner ambil pinggan, pekerja hantar balik makanan sampai la bayar dekat kaunter, tak ada seorang pun yang minta maaf sebab bagi makan ayam mentah macam tu dekat pelanggan,” katanya.

View on Threads

‘Pelanggan Boleh Kena Keracunan’ – Netizen

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berasa berang dengan sikap pekerja yang tidak menitikberatkan soal kebersihan dan keselamatan pelanggan.

“Lain kali ambil gambar makanan dan resit. Buat aduan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus. Ni pengotor, boleh buat pelanggan alami keracunan (makanan),” kata seorang netizen.

Ramai Geli Jika Pekerja Kedai Makan Guna Minyak Sama Untuk Goreng Sisa Makanan Pelanggan & Menu Lain

Malah ramai juga meluahkan rasa geli sekiranya benar pekerja telah menggunakan minyak masak yang sama untuk menggoreng semula sisa ayam goreng pelanggan itu dan memasak makanan yang lain.

“Eee. Minyak bekas sisa orang makan akan goreng ayam baru pulak ke? Aduhai,” soal seorang pengguna Threads.

Sementara itu, seorang pekerja F&B (food and beverages) lain berkata pihaknya tidak akan melakukan perkara sebegitu, selain menukar dan memberi hidangan baharu kepada pelanggan.

“Allahuakbar. Kafe kami kalau ada isu macam ni, memang akan tukar ayam baharu walaupun pelanggan tu baru cuit sikit ayam. Lengkap semua ya. Nasi baru, sambal baru, semua baru.

“Senang cerita pelanggan akan dapat semua (hidangan) lengkap macam belum makan lagi. Itu polisi yang bos terapkan,” kata seorang wanita.

Seorang individu pula ada bertanya sama dia bersuara tentang perkara itu. Namun dia secara berseloroh berkata dia tidak mampu meluahkannya secara bersemuka.

View on Threads

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: Foto Ayam Digoreng Semula Selepas Pelanggan Mengadu Masih Mentah Undang Perhatian
Image from: Foto Ayam Digoreng Semula Selepas Pelanggan Mengadu Masih Mentah Undang Perhatian
Image from: Foto Ayam Digoreng Semula Selepas Pelanggan Mengadu Masih Mentah Undang Perhatian
Image from: Foto Ayam Digoreng Semula Selepas Pelanggan Mengadu Masih Mentah Undang Perhatian
Image from: Foto Ayam Digoreng Semula Selepas Pelanggan Mengadu Masih Mentah Undang Perhatian
Image from: Foto Ayam Digoreng Semula Selepas Pelanggan Mengadu Masih Mentah Undang Perhatian
Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: “Boleh Kena Keracunan” – Longgokan Ayam Mentah Dibiar Tanpa Penutup Di Belakang Pikap Buat Ramai Bimbang

Baca Artikel Berkaitan: 10 Resepi Perapan Ayam Yang Simple & Mudah, Bakar 30 Minit Dah Siap!

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Kecewa Rendang Baru Dibuat Basi, Ramai Beri Tips & Nasihat Untuk Makanan Tahan Lama

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved