Foto Berpeluk Mesra, Taemin SHINee & Noze Terpalit Gosip Cinta

EntertainmentMusic
16 Apr 2025 • 10:38 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Taemin daripada kumpulan SHINee sekali lagi dihimpit khabar angin bercinta selepas dilihat keluar bersama penari Noze.

Baru-baru ini, beberapa gambar yang dipercayai menunjukkan Taemin dan Noze sedang menikmati waktu bersama telah tersebar di komuniti dalam talian.

Mereka dilihat saling berpelukan dari belakang dan berjalan sambil berpegangan tangan, menunjukkan kemesraan seperti pasangan bercinta. Berdasarkan hasil carian dan perbandingan dari media sosial, netizen mula mengesyaki bahawa lelaki dalam gambar tersebut adalah Taemin.

Pasangan ini sebelum ini pernah dikaitkan dengan khabar angin bercinta. Noze sering terlibat dalam projek bersama artis-artis di bawah naungan SM Entertainment, malah pernah menjadi penari latar bagi persembahan Taemin pada tahun 2023.

image is not available

Noze mula dikenali ramai melalui program uji bakat tarian Mnet “Street Woman Fighter”. Namun, dia berehat selama sembilan bulan daripada dunia hiburan selepas terpalit kontroversi berkenaan dakwaan bersikap tidak profesional terhadap syarikat kecil dan jenama pengiklanan.

Selepas tempoh tersebut, Noze kembali ke pentas menerusi persembahan lagu baharu Taeyang “Shoong!” di SBS ‘Inkigayo’, dan seterusnya menjadi penari bagi lagu “Guilty” milik Taemin.

Kalau betul pun, apa salahnya kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.