Foto kahwin terbongkar, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah nikah Jun?

LocalEntertainment
26 Oct 2026 • 8:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Foto kahwin terbongkar, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah nikah Jun?

PETALING JAYA – Spekulasi sudah mendirikan rumah tangga dengan Hael Husaini semakin bertiup kencang apabila ‘muncul’ sekeping foto penyanyi Dayang Nurfaizah memakai busana persis pengantin.

Dalam foto tersebut, Dayang atau nama lengkapnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 45, menyarung baju rona putih, memegang sejambak bunga tangan dan dipercayai duduk di atas sebuah pelamin.

Menurut sumber, majlis nikah tersebut berlangsung pada bulan Jun lalu.

Manakala, majlis resepsi diadakan pada bulan Julai di ibu kota.

Image from: Foto kahwin terbongkar, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah nikah Jun?
Sekeping foto Dayang dalam persalinan pengantin terbongkar.

Baru-baru ini, tular sebuah video memperlihatkan memperlihatkan pertemuan Hael dan Dayang bersama selebriti Korea Selatan, Lee Jun-ho.

Dalam video tersebut, ramai mendakwa gerakan bibir Hael yang didakwa merujuk Dayang ‘my wife’ sebagai isteri.

Sebelum ini, timbul spekulasi Dayang dan Hael yang dikatakan sudah melangsungkan perkahwinan.

Malah, spekulasi mengenai pertunangan juga timbul, namun Dayang memilih untuk tidak mengulas dakwaan terbabit.

Dayang turut menafikan wujud sebarang tarikh istimewa yang ditetapkan berkaitan majlis perkahwinan seperti yang didakwa. – KOSMO! ONLINE

The post Foto kahwin terbongkar, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah nikah Jun? appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved