(FOTO) Masak Mi Kari Untuk Elisya Sandha, Sheila Rusly Sempat ‘Tayang’ Bakal Menantu Baru?

Entertainment
5 Aug 2022 • 1:33 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan pengarah terkenal Sheila Rusly beberapa hari lepas ada mencuri tumpuan netizen apabila dia memuat naik video masakan mee kari yang dibuat khas untuk menantu kesayangan, Elisya Sandha yang baru sahaja tamat berpantang anak pertama.

Menerusi kapsyen video yang dimuat naik Sheila di Instagramnya itu, dia mengatakan bahawa menantu kesayangannya itu teringin untuk makan mi kari sempena habis pantang.

Namun, yang lebih menarik perhatian netizen adalah kemunculan seorang wanita di sisi anak lelakinya yang bongsu.

image is not available

Sumber : Instagram  

 

image is not available

Sumber : Instagram  

Maka dengan itu, muncul komen-komen nakal netizen yang mengatakan bahawa wanita itu bakal menantu pasangan pengarah terkenal itu.

“Bakal menantu ke?” soal netizen.

Kalau betul, tak lama lagi Sis Sheila Rusly dapat menantu baharu lah kan? Untung dapat mak mentua rajin memasak ni tau!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 10 bulan lalu

"Bertuah Sheila Rusly Dapat Menantu Cantik, Pandai Masak" - Netizen Puji Elisya Sandha