Foto Mesra Tersebar, Agensi Kim Soohyun Jawab Kisah Sebenar Gosip Cinta Dengan Kim Saeron

Entertainment
24 Mar 2024 • 1:12 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Awal pagi tadi, peminat K-Drama telah digemparkan dengan foto yang tiba-tiba dimuat naik oleh Kim Sae-ron.

Oleh kerana foto itu memaparkan adegan intim antara Kim Sae-ron dan Kim Soo-hyun, ramai yang menebak mereka sedang bercinta. Respon agensi pelakon lelaki tersebut,

Helo, ini Gold Medalist.

Hari ini, kami ingin memberikan kenyataan rasmi mengenai gambar Kim Soo-hyun yang tersebar.

Gosip berkaitan dengan hubungan cinta Kim Soo-hyun pada masa ini adalah tidak berasas. Gambar yang tersebar luas atas talian kelihatan diambil semasa mereka masih lagi di bawah agensi yang sama pada masa lalu, dan niat di sebalik punca tindakan Kim Sae-ron tidak dapat dipastikan langsung.

image is not available

Tambah mereka,

Akibat daripada gambar ini, terdapat banyak kekeliruan dan spekulasi yang tidak benar berbangkit mengenai pelakon itu. Agensi kami akan mengambil tindakan yang tegas melalui wakil undang-undang di firma guaman terhadap fitnah, entri menghina yang boleh merosakkan reputasi pelakon kami.

Kami meminta anda untuk menahan diri daripada membangkitkan khabar angin dan komen penuh spekulasi.

Terima kasih.

Tak faham motif Kim Sae-ron..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.