Foto Messi Menang Piala Dunia Di Instagram Catat Rekod Baharu

21 Dec 2022 • 8:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Foto yang dimuat naik di Instagram oleh Lionel Messi ini mendapat lebih 60 juta ‘like’ di platform media sosial itu sejak Ahad - Gambar Instagram @leomessi

ANKARA - Gambar Lionel Messi memenangi Piala Dunia FIFA menerima paling banyak ‘like’ berbanding foto yang dimuat naik atlet lain di Instagram.

Catatan Messi, berbunyi "JUARA DUNIA!!!!!!!," mendapat lebih 60 juta ‘like’ di platform media sosial sejak dimuat naik pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.

Foto itu menyaksikan Messi menjulang trofi Piala Dunia sambil meraikan kemenangan gemilang Argentina ke atas juara bertahan Perancis.

Jumlah ‘like’ itu mengatasi hantaran sebelum ini termasuk dari Cristiano Ronaldo dan gambar Messi bermain catur yang sebelum ini mencatatkan rekod kira-kira 42 juta ‘like’ di Instagram.

Messi mempunyai lebih 400 juta pengikut di Instagram.

Pada Ahad, pasukan Argentina yang diketuai Messi menewaskan Perancis 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti. - Bernama

View Original Article