(FOTO) Tembam & Comel! Jelas Di Pantulan Cermin, Neelofa Kongsi Wajah Anak Kedua

17 Aug 2023 • 9:39 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Jika sebelum ini, selebriti Neelofa lebih memilih untuk tidak mendedahkan wajah anak sulungnya, Bilal di media sosial tetapi untuk anak kedua, Muhammad Abbas dia lebih terbuka untuk dedahkannya.

Baru-baru ini, di laman Instagram, Neelofa ada berkongsi sesi fotografi Abbas dan kelihatan dengan jelas wajah bayi itu di sebuah pantulan cermin.

image is not available

Dapat dilihat hantaran tersebut dimuat naik di Instagram Story bekas pengacara MeleTOP itu.

Bahkan, Neelofa turut memuat naik gambar memaparkan anak bongsunya itu sedang meniarap sewaktu sesi fotografi dijalankan.

image is not available

Sebelum ini, isteri kepada Pencetus Ummah Haris itu mengambil masa selama 8 bulan untuk berkongsikan wajah Bilal kepada umum kerana bimbang terkena penyakit ain.

image is not available 10 months ago

"Kalau Takut, Jangan 'Post' Langsung!" - Tak Tunjuk Muka Bilal Sebab Elak Penyakit 'Ain', Neelofa Dikecam Sebab 'Mengundang'?