Frank Lebouf gesa Thiago Silva tinggalkan Chelsea

Football
1 Mar 2024 • 8:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Silva perlu meninggalkan Chelsea kerana faktor usia. (Gambar kecil: Leboeuf). Foto Agensi

LEGENDA Chelsea, Frank Leboeuf menasihatkan bek veteran Thiago Silva meninggalkan Stamford Bridge pada akhir musim ini.

Menurut Leboeuf, Silva, 39, perlu mencari kelab lain bagi membolehkan bek muda diberikan lebih banyak peluang beraksi dalam kesebelasan utama The Blues.

"Silva disukai oleh peminat kerana kepimpinan dan pengalamannya.

"Tetapi sudah tiba masanya untuk dia berundur dan beri laluan kepada generasi baharu.

"Saya bukan mahu menafikan kehebatan dan sumbangannya tetapi ada masa untuk segala-galanya berakhir.

"Saya mempunyai masa saya, begitu juga Marcel Desailly dan John Terry, ada pengakhiran untuk semua orang," katanya.

Silva menyertai The Blues dari Paris Saint-Germain (PSG) pada 2020 menerusi perjanjian selama setahun.

Dia menjadi tonggak ketika Chelsea menjulang trofi Liga Juara-Juara setahun selepas itu selepas mengalahkan Manchester City 1-0 di pentas final.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

View Original Article