FreeYond Watch S1, Watch F1 Dan Pods 1 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM89

TechnologyDigital
22 Mar 2023 • 7:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Selain daripada telefon pintar FreeYond M5 dan M9, mereka turut memperkenalkan tiga produk mampu milik lain di Malaysia. Ianya terdiri dengan jam tangan FreeYond Watch S1 dan Watch F1 yang mana masing-masing berharga RM119 serta RM159. Sementara itu set fon telinga nirwayar FreeYond Pods 1 pula berharga RM89. Bagi yang berminat, kesemua produk ini boleh didapati menerusi pengedar sah FreeYond Malaysia termasuk Lazada dan Shopee.

image is not available

Bermula dengan FreeYond Watch S1, ia merupakan seutas jam tangan diperbuat daripada bingkai zink aloi bersama butang terbina yang boleh disesuaikan fungsinya. Ia juga mempunyai skrin 1.39-inci dengan kaca tahan lasak, di samping turut melepasi penarafan kalis air IP68. Kapasiti bateri yang diberikan mampu bertahan sehingga 7 hari dengan kegunaan ringan dan meningkat kepada dua bulan dengan mod penjimatan.

image is not available

Seterusnya FreeYond Watch F1 pula didatangkan dengan skrin 1.8-inci yang lebih besar. Ini dipadankan pula dengan dengan tali silikon lembut selain turut melepasi penarafan kalis air IP67. Bateri disertakan pula boleh bertahan hingga lima hari untuk penggunaan ringan. Seterusnya pengguna juga boleh mengakses pelbagai ciri kesihatan terbina seperti memeriksa tahap denyutan jantung, tahap oksigen dalam darah dan penjejak tidur. Ia juga dimuatkan dengan lebih 100 pilihan mod permainan bersama pelbagai jenis antaramuka untuk digunakan.

image is not available

Akhir sekali, FreeYond Pods 1 pula merupakan set fon telinga nirwayar yang memuatkan pemandu audio sebesar 12mm. Ini dipadankan pula dengan pembatalan hingar aktif berasaskan AI, disamping turut melepasi penarafan kalis air IPX4 sebagai pelindungan tambahan. Bateri disertakan pula boleh bertahan hingga 30 jam dengan bantuan pod pengecas.

View Original Article