FSPA UMT perkukuh kerjasama akademik dan penyelidikan bersama Jiangsu Ocean University, China

16 Oct 2026 • 5:32 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: FSPA UMT perkukuh kerjasama akademik dan penyelidikan bersama Jiangsu Ocean University, China

KUALA NERUS: Fakulti Sains Perikanan dan Akuakultur (FSPA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), menerima kunjungan delegasi Jiangsu Ocean University (JOU), China, bagi membincangkan peluang kerjasama akademik dan penyelidikan antara kedua-dua institusi.

Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada program Academic Mobility ICAMB UMT_JOU 2026 yang diadakan baru-baru ini , membabitkan kerjasama akademik dan penyelidikan dalam bidang bioteknologi marin, inovasi sains serta kelestarian lautan.

Delegasi JOU yang terdiri daripada Prof. Dr. Panpan Wang, Prof. Dr. Lin Yang dan Prof. Dr. Yihua Chen telah mengadakan perbincangan bersama Profesor Najiah Musa, Dekan FSPA serta Pengurusan fakulti bagi meneroka potensi kolaborasi dalam bidang akademik,
penyelidikan dan perkongsian kepakaran.

Turut bersama dalam perbincangan tersebut ialah Dr. Mohamad Nor Azra Md. Adib, selaku Person-in-Charge (PIC) program Academic Mobility ICAMB UMT_JOU 2026, yang bersama-sama menjayakan penyelarasan program dan perbincangan kerjasama berkenaan.

Sepanjang lawatan tersebut, delegasi turut dibawa melawat hatcheri FSPA, makmal penyelidikan dan bilik kuliah bagi melihat sendiri kemudahan penyelidikan serta prasarana pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang disediakan oleh fakulti.

Lawatan ini membuka ruang kepada kedua-dua institusi untuk mengenal pasti peluang kerjasama strategik, termasuk penyelidikan bersama, pertukaran ilmu dan kepakaran serta pembangunan jaringan akademik antarabangsa dalam bidang perikanan dan akuakultur.

Kerjasama tersebut mencerminkan komitmen FSPA UMT dalam memperluas jaringan antarabangsa serta memperkukuh kedudukan universiti sebagai institusi yang aktif dalam pembangunan ilmu, penyelidikan dan inovasi bagi menyokong kelestarian sumber akuatik
dan ekonomi biru. – UTUSAN

The post FSPA UMT perkukuh kerjasama akademik dan penyelidikan bersama Jiangsu Ocean University, China appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved