Fuh! Dia Bedal Sorang Je Nasi Kandar RM300!

27 Jun 2024 • 9:08 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Zermatt Neo – Gambar Facebook Nasi Kandar Sulaiman

Seorang pempengaruh dari Singapura, Zermatt Neo memecahkan rekod dengan membeli nasi kandar berharga RM300 dan menghabiskan hidangan itu seorang diri di restoran Nasi Kandar Sulaiman (NKS) di Pulau Pinang semalam.

Lelaki yang popular dengan video ulasan makanan di TikTok itu mengambil masa selama dua jam untuk menghabiskan nasi kandarnya.

Video yang dikongsikan restoran NKS di Facebook mendapat perhatian ramai.

"Dia mai NKS makan nasi kandaq sampai RM300. Rekod paling tinggi dalam sejarah NKS.

"Kami tak panggil dia, dia sendiri yang mai makan", kata pengendali Facebook restoran itu. – Getaran, 27 Jun, 2024

@getaranmy Rekod baharu ini diumumkan restoran Nasi Kandar Sulaiman pada Rabu. Katanya pelanggan dari Singapura itu mengambil masa hampir dua jam untuk menghabiskan nasi kandarnya. Suurrr... Kredit: Nasi Kandar Sulaiman #getaranmy #nasikandar ♬ Fun and Funny Music - HarmonicoHCO