
Bekas suami kepada Yasmin Hani, Sha’rin Razali baru-baru ini ada memuat naik video ‘reels’ dan TikTok memaparkan dia sedang menghabiskan masa di Festival Muzik Good Vibes, Jumaat lalu.
Apa yang lebih mencuri perhatian adalah apabila Sha’rin turut ‘menayang’ kekasih barunya yang menemani ketika menghadiri festival muzik tersebut.
View this post on Instagram
Sememangnya sudah dijangka, perkongsian Sha’rin telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengikut media sosial duda anak dua itu.
Rata-rata memuji kecantikan wanita yang kini menawan hatinya, malah ada yang menyamakan kekasih Sha’rin dengan bekas isteri, Yasmin Hani.
Fuhh lagi hot, lagi lawa!
Muka sama dengan ex wife, semoga cepat kahwin!
Sekadar info, Sha’rin yang juga abang kepada personaliti TV Qi Razali pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Yasmin Hani pada tahun 2011.
Kedua-duanya mengambil keputusan untuk berpisah setelah 10 tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkongsian hidup, Yasmin dan Sha’rin dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong dan Eissa Elzander Wong.
"Takde Sedap Atau Tak Sedap.." - Siti Nurhaliza Balas Komen Netizen Kata Lagu Dah Tak Relevan
The post “Fuhh Lagi Hot!” – Bekas Suami ‘Tayang’ Kekasih Baru, Ada Yang Kata Seiras Yasmin Hani? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

