
Makanan dari negara Asia sememangnya terkenal dengan makanan yang berperasa, bergoreng dan yang paling penting lazat! Dan semua ini dijangka akan dibawa oleh pelawak terkenal Malaysia iaitu Nigel Ng dalam menu restoran Uncle Roger pertamanya, FUIYOH! It’s Uncle Roger.
Sememangnya menunggu masa saja untuk Nigel membuka tempat makannya sendiri, selepas setiap kritikannya dalam masakan Chef luar negara kala memasak makanan Asia mendapat perhatian global. Malah dengan minatnya yang mendalam pada dunia kulinari terutama dalam masakan Asia membawa dia ke tempat sepatutnya.
Apa yang lebih menarik, restoran ini telah pun dalam proses permohonan sijil halal, memandangkan prosesnya mengambil masa yang lama jadi ia telah dilancarkan terlebih dahulu. Jadi untuk peminat-peminat muslim Uncle Roger, anda boleh menikmati makanan di restoran ini tanpa was-was nanti!
Restoran Uncle Roger kini di Pavilion KL
Kritikannya pada makanan yang tidak menggunakan Monosodium Glutamat (MSG) dan kekurangan Wok Hei (nafas kuali), cukup terkenal sebagai sebahagian daripada punchline lawaknya. Malah, ia telah menjadi satu peraturan untuk restorannya sendiri patuhi.
Ini bukan kali pertama Nigel menceburkan diri dalam perniagaan F&B, tapi yang pasti ini adalah pencapaiannya yang terbesar setakat ini. Sebelum ini, Ng turut dikenali apabila bekerjasama dengan jenama makanan MiLa untuk rangkaian dumpling sedia untuk dimakan untuk pengguna Amerika Utara. Walau bagaimanapun bertuah rakyat Malaysia kini dapat menikmati masakannya!
Terletak di tingkat 7 Pavilion Elite, FUIYOH! Uncle Roger mungkin agak sukar dijumpai sekiranya ia kali pertama anda ke pusat beli-belah berprestij itu. Tapi kami itu bukan penghalang untuk anda cuba makanan bergoreng istimewa daripada Uncle Roger ini.
Secara praktikal, warna oren menjerit kegemaran Uncle Roger saja sudah boleh dilihat dari jauh. Dekorasi seluruh kedai memberi vibe kontemporari namun diselitkan unsur-unsur komik yang sangat bergaya dengan pengaruh Asia. Seperti yang ditunjukkan oleh motif siling bercahaya gergasi yang dihiasi dengan karikatur Uncle Roger yang membanggakan ‘Nasi Goreng Terbaik di Bandar!’.
Menu menarik di restoran Uncle Roger FUIYOH!
Bercakap mengenai menu pula, dari segi harga, ia sememangnya tidak murah tetapi untuk standard Pavilion, ia juga tidaklah terlalu mahal. Hidangan asas Uncle Roger’s Egg Fry Rice bermula pada RM16, manakala hidangan Egg Fry Noodles pula berharga RM17.
Jika anda mencari hidangan yang lebih mewah, anda boleh cuba Uncle Roger’s Egg Fry Rice with Garlic Shrimp yang disajikan dengan empat ketul udang yang bersaiz agak besar. Makanan lautnya segar dan apabila disediakan dengan bawang putih goreng, rasanya penuh dengan umami.
View this post on Instagram
Menu klasik Malaysia Tomato Fried Rice, jiga dihidangkan dengan harga RM18 dalam versi biasa. Manakala RM30 untuk versi yang lebih mewah iaitu ditambahkan dada itik salai. for a version with succulent smoked duck breast. Antara menu lain yang menarik adalah Kimchi Fried Rice dengan Pan Seared Salmon dan Mentaiko, memberi rasa yang lebih unik, mungkin tidak akan menjadi ‘crowd favorites’ tapi selayaknya patut dicuba.

Di restoran Uncle Roger ini, setiap jenis nasi goreng membolehkan anda memilih jenis sos yang anda suka, seperti Pineapple Mayo (RM3) dan Kaffir Lime Thai Chili Sauce (RM3). Namun kami percaya untuk netizen Malaysia, tidak lengkap sesuatu hidangan tanpa sambal belacan! Ya, mereka menawarkan Uncle Roger’s Secret Sambal (RM5) untuk anda makan bersama nasi goreng.

Sebarang hidangan yang disediakan di atas kuali perlu disemai dengan haruman hangus (charred) yang tersendiri dalam setiap suapan, ia hanya boleh dikecapi apabila menggoreng melalui suhu yang sangat tinggi. Bagi tekstur, nasi goreng yang sempurna harus menggunakan nasi yang kering atau yang disejuk semalaman.
Menu sampingan dan pencuci mulut
Untuk snek atau menu sampingan, pelbagai makanan bergoreng boleh didapati seperti YSoWeak Mala Popcorn Chicken (RM27) atau Mala Okra Fries (RM18).
Terdapat juga hidangan kobis tumis berharga RM16, dan Aunty Helen’s Chicken Gyoza pada harga RM22. Gyoza yang digoreng sangat sesuai untuk dihidangkan bersama-sama hidangan nasi goreng. Bagi anda yang inginkan satu kelaianan Wok Hei White Corn adalah pilihan tepat, ia berharga RM26 setiap hidangan.
Pencuci mulut aiskrim gaya dulu-dulu boleh menenangkan tekak anda selepas menikmati hidangan yang lazat di restoran Uncle Roger ini. Ia boleh didapati bermula dengan harga RM9.90 untuk satu kon Snow Cream.
Secara keseluruhannya, pengalaman di restoran FUIYOH! It’s Uncle Roger adalah serupa dengan makanan masakan orang Cina di Malaysia. Cuma anda boleh nikmati kelaianan kerana ia adalah restoran daripada pelawak terkenal Malaysia, adakah berbaloi untuk dicuba? Mungkin! Ambience yang anda bakal nikmati cukup berbeza dengan gerai masakan di tepi jalan.
FUIYOH! It’s Uncle Roger terletak di Pavilion Elite di tingkat 7.
Alamat: Tingkat 7 (Lot 7.102, Pavilion KL, Pavilion Elite, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

