Sebulan selepas Fujifilm melancarkan Instax Evo Wide iaitu kamera segera moden dengan rekaan vintaj. Ia turut mempunyai skrin LCD terbina untuk pemidang tilik dan menawarkan satu kaedah kawalan unik. Hari ini, ia dilancarkan di Malaysia secara rasmi.

Instax Wide Evo dimuatkan dengan sensor 16MP yang dipadankan dengan lensa 16mm f/2.4 untuk penghasilan imej berkualiti tinggi selain turut meyokong mod sudut ultra lebar dengan suis fizikal. Instax turut menawarkan 100 pilihan rakaman dengan kesan khas tersendiri melalui gabungan 10 penuras dan 10 mod filem yang kreatif.

Selain itu mempunyai fungsi Degree Control dan Film Style Framing untuk hasil yang lebih unik. Bercakap mengenainya, filem-filem baharu dengan bingkai bercorak dan bertekstur akan ditawarkan. Instax Evo Wide adalah kamera hibrid gabungan kamera dan pencetak segera.

Untuk mencetak, Instax menawarkan kaedah seakan Playdate iaitu menggunakan engkol untuk mencetak. Hanya pusingkan sehingga filem keluar dengan hasil rakaman. Di Malaysia Fujifilm Instax Wide Evo dijual pada harga RM1,798. Sementara filem baharu pula RM50 untuk 10 keping.

