Fujifilm Sasar Tarik Vlogger, Juruvideo Dengan X-S20

Digital
19 Jun 2023 • 8:08 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kamera X-S20 dijangka dilancarkan pada 29 Jun 2023, dengan harga bermula RM6,888 - Gambar oleh Abdul Razak Latif

KUALA LUMPUR - Fujifilm (Malaysia) Sdn Bhd (Fujifilm) mengunjurkan kamera yang bakal dilancarkan tidak lama lagi iaitu X-S20 akan menyumbang 20 peratus kepada jumlah jualan tahunan segmen pengimejan elektronik syarikat.

Kamera X-S20 dijangka dilancarkan pada 29 Jun 2023, dengan harga bermula RM6,888.

image is not available
Kensuke Aragane

Bercakap kepada Bernama, Pengarah Urusan Kensuke Aragane berkata Fujifilm berhasrat menarik vlogger atau juruvideo amatur dengan X-S20 berkenaan.

"Mereka adalah pasaran sasaran utama kami,” katanya.

image is not available
X-S20 ialah tambahan terbaru kepada kamera digital tanpa cermin Siri X Fujifilm.

Beliau menambah kamera itu menawarkan kualiti imej premium dan mudah alih terkini, mampu memenuhi pelbagai gaya penggambaran, daripada potret diri kasual hingga kepada fotografi dan videografi sepenuhnya.

image is not available
Bateri berkapasiti tinggi membolehkan X-S20 mengambil kira-kira 800 bingkai dan terus beroperasi untuk jangka masa yang panjang.

Peminat akan dapat meneroka sendiri ciri kamera kerana Fujifilm akan mengadakan kempen ‘sentuh dan cuba’ di seluruh negara untuk mempromosikan X-S20 di pasaran Malaysia.

X-S20 ialah tambahan terbaru kepada kamera digital tanpa cermin Siri X Fujifilm, yang terkenal dengan bentuknya yang kompak dan ringan serta kualiti imej yang unggul.

Menurut Aragane, bateri berkapasiti tinggi membolehkan X-S20 mengambil kira-kira 800 bingkai dan terus beroperasi untuk jangka masa yang panjang, menjadikannya kamera perjalanan yang ideal. - Bernama