Fujifilm X-M5 Dilancarkan Dengan Sensor 26.1MP Dan Rakaman 6.2K/30P

TechnologyDigital
15 Oct 2024 • 1:18 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Fujifilm X-M5 telah dilancarkan secara rasmi dan dikatakan mampu memberi persaingan kepada Sony ZV-E10 II yang diumumkan tempoh hari. Ia menawarkan tubuh bersaiz kompak dengan berat kira-kira 355 gram menjadikan ia paling ringan pernah dihasilkan Fujifilm dalam siri X. Ia juga merupakan kamera nircermin yang dilengkapi sensor 26.1MP BSI CMOS X-Trans dengan padanan pemproses pengimejan X-Processor 5.

image is not available

Menerusi sensor ini kamera turut boleh merakam video sehingga 6.2K/30P 4:2:2 10-bit, serta kedua-dua format 4K/60P dan 1080/240P sebagai pilihan lain. Dalam masa sama menyediakan Vlog Mode dengan fungsi 9:16 Short Movie Mode yang membolehkan pengguna membuat video menegak dan terus berkongsi ke pelbagai media sosial. Kemudian fungsi autofokus (AF) dengan pengesanan subjek berasaskan AI disertakan pula dapat bantu mengekalkan fokys yang tajam secara berterusan.

image is not available

Sebanyak dua tombol berputar disertakan dengan bahagian kiri memuatkan 20 mod simulasi filem yang boleh ditukar dengan mudah. Sementara itu tombol di bahagian kanan pula membolehkan pengguna mengakses pelbagai tetapan yang termasuk Auto Mode. Sekaligus membolehkan kamera secara automatik mengenali mod fotografi yang sesuai dengan keadaan semasa untuk merakam imej dan video lebih berkualiti tinggi.

image is not available

Padanan yang baik diteruskan melalui tiga mikrofon terbina untuk audio yang lebih jelas, di samping kemampuan mengurangkan pelbagai hingar latar belakang yang tidak diingini dengan mudah. Untuk storan pula terdapatnya satu slot kad SD UHS-II. Kemudian sebuah panel LCD bersaiz 3-inci dengan 1.04 juta titik juga disertakan di bahagian belakang yang boleh digerakkan mengikut keperluan pengguna. Harga jualan ialah $799.95 USD (~RM3,433) dengan ketersediaan bermula November akan datang.