Fun(d) for Life: University Edition FWD dan Arus Academy bantu belia bina masa depan

LocalPersonal Finance
14 Oct 2026 • 7:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Fun(d) for Life: University Edition FWD dan Arus Academy bantu belia bina masa depan

KUALA LUMPUR – FWD Malaysia (FWD) bekerjasama dengan Arus Academy untuk memperkasa belia Malaysia yang mempunyai akses terhad kepada kemahiran literasi kewangan menerusi Fun(d) for Life: University Edition.

Ia merupakan sebuah program pemerkasaan kewangan berstruktur, yang direka untuk membantu golongan muda membuat keputusan kewangan lebih bijak serta membina asas kewangan lebih kukuh untuk masa depan mereka.

Sejak ditubuhkan tahun lalu, seramai 302 peserta telah berjaya menamatkan program ini merangkumi enam kohort di seluruh negara.

Program ini menyediakan pendidikan kewangan yang praktikal, bimbingan serta laluan ke arah keyakinan kewangan yang lebih tinggi.

Bagi membantu peserta menerapkan ilmu yang dipelajari, sejumlah RM906,000 telah disalurkan dalam bentuk geran tunai Sijil Simpanan Premium (SSP), dengan setiap graduan menerima RM3,000 setelah berjaya menamatkan program.

Fun(d) for Life: University Edition menyasarkan belia berumur 18 tahun ke atas daripada golongan yang mempunyai akses terhad, termasuk mereka yang berasal daripada keluarga B40 dan ibu atau bapa tunggal, dengan matlamat untuk memperluaskan akses kepada pengetahuan kewangan serta peluang yang mampu memberi impak positif kepada masa depan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif FWD Insurance, Mak See Sen berkata, literasi kewangan bukan sekadar tentang menguruskan wang.

“Ia bertujuan untuk memupuk golongan muda dengan keyakinan, pengetahuan dan minda yang diperlukan untuk membuat keputusan kewangan yang lebih baik sepanjang kehidupan mereka.

“Melalui kerjasama dengan Arus Academy, kami membuka peluang kepada belia untuk membangunkan kemahiran praktikal yang dapat menyokong aspirasi mereka, di samping menggalakkan budaya kesejahteraan kewangan jangka panjang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Peserta menjalani proses pemilihan yang kompetitif, bermula dengan permohonan bertulis yang akan dinilai sebelum calon yang disenarai pendek dipanggil menghadiri sesi temu duga.

Pemohon yang berjaya akan menyertai kem intensif selama tiga hari, diikuti tiga bulan sesi bimbingan dan pemantauan berterusan yang memberi tumpuan kepada literasi kewangan, impak komuniti dan pembangunan diri.

Sebagai sebahagian daripada syarat graduasi, peserta perlu menyelenggara diari kewangan mingguan serta menghadiri semua sesi bimbingan dalam talian.

Graduan juga dikehendaki mengemukakan cadangan yang menerangkan bagaimana mereka merancang untuk menggunakan geran SSP tersebut bagi menyokong pendidikan, aspirasi keusahawanan atau matlamat pembangunan diri mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Arus Academy, Alina Amir berkata, ramai anak muda di Malaysia mempunyai potensi untuk berjaya, namun mungkin tidak mempunyai akses kepada peluang dan bimbingan yang boleh membantu mereka mencapai matlamat tersebut.

“Fun(d) for Life: University Edition memberikan pengetahuan kewangan yang praktikal, bimbingan peribadi serta keyakinan kepada peserta untuk mengambil langkah yang bermakna ke arah membina masa depan yang lebih baik untuk diri mereka dan komuniti masing-masing,” jelasnya.

Program ini kini sedang membuat persiapan untuk kohort ketujuh dan terakhir, yang akan memfokuskan kepada golongan belia di utara Semenanjung.

Permohonan masih dibuka dan belia Malaysia yang layak digalakkan untuk memohon. Untuk maklumat lanjut mengenai program dan cara permohonan, sila layari @fundforlife_uni di Instagram. – KOSMO! ONLINE

The post Fun(d) for Life: University Edition FWD dan Arus Academy bantu belia bina masa depan appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved