Fungsi First Draft Instagram Bantu Mudahkan Suntingan Reels

Technology
26 Aug 2026 • 12:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Fungsi First Draft Instagram Bantu Mudahkan Suntingan Reels

Instagram memperkenalkan fungsi baharu dikenali First Draft untuk memudahkan penghasilan kandungan Reels. Melalui ciri ini, aplikasi secara automatik memotong klip video, membuang jeda, dan menghasilkan draf suntingan pertama dalam tempoh kurang daripada 10 saat. Pengenalan ini bertujuan untuk menjimatkan masa pengguna serta menjadikan proses penyuntingan lebih mudah khususnya bagi mereka yang kurang berpengalaman dengan perisian video.

Image from: Fungsi First Draft Instagram Bantu Mudahkan Suntingan Reels

Untuk menggunakan ciri ini, pengguna boleh memilih klip video daripada galeri dan menekan butang First Draft bagi mendapatkan hasil suntingan asas sebelum meneruskan. Pilihan lain ialah dengan cara merakam kandungan terus melalui kamera Instagram, kemudian menekan butang yang sama untuk semakan dan suntingan lanjut. Menariknya, fungsi ini turut menyokong pelbagai jenis kandungan video seperti montaj berbilang klip, video bercakap terus daripada kamera serta rakaman harian.

Image from: Fungsi First Draft Instagram Bantu Mudahkan Suntingan Reels
Image from: Fungsi First Draft Instagram Bantu Mudahkan Suntingan Reels

Buat masa ini, ciri ini ditawarkan secara berperingkat kepada pengguna iOS dengan pelancaran penuh dijangka menyusul dalam masa terdekat.

Sumber – Instagram

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved