Futsal Antara Jabatan meriahkan Sambutan Bulan Kemerdekaan

LocalPolitics
17 Aug 2025 • 12:46 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Gerry Lewis

TAMBUNAN: Suasana Kompleks Sukan Tambunan pagi Sabtu gamat dengan sorakan dimana Pertandingan Futsal Antara Jabatan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Daerah Tambunan 2025 berlangsung dengan penuh meriah.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan, yang juga Ahli Parlimen P180 Keningau dan Adun N39 Tambunan.

Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa penganjur yang diketuai oleh Pegawai Daerah Tambunan, Sobitun Makajil dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan. Katanya, penganjuran kejohanan seperti ini bukan sekadar menggalakkan gaya hidup sihat, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim serta semangat berpasukan dalam kalangan warga jabatan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Bulan Kemerdekaan bukan hanya diraikan dengan lagu patriotik atau kibaran Jalur Gemilang dan Bendera Sabah semata-mata, tetapi juga boleh dizahirkan melalui aktiviti sukan seperti ini, yang menyemai semangat perpaduan dan cinta kepada negara,” jelasnya.

Jeffrey turut mengingatkan hadirin tentang peristiwa bersejarah 8 Ogos 1963, apabila pemimpin Sabah sepakat menuntut agar negeri ini dimerdekakan terlebih dahulu sebelum pembentukan Malaysia. Perkara itu membawa kepada pengisytiharan 31 Ogos 1963 sebagai Hari Kemerdekaan Sabah, yang kini turut dikenali sebagai Hari Sabah.

“Setiap 31 Ogos, kita bukan sahaja meraikan Hari Kemerdekaan Malaya, tetapi juga Hari Sabah. Kibarkanlah Bendera Sabah bersama Jalur Gemilang dengan penuh penghayatan sebagai simbol kebanggaan dan perpaduan,” tegasnya.

Beliau dalam masa yang sama menekankan semangat kesukanan lebih utama berbanding pencapaian kemenangan.

“Menang atau kalah bukan ukuran sebenar. Yang penting adalah penyertaan, semangat kekitaan, disiplin dan keseronokan sepanjang kejohanan berlangsung,” ujarnya.

Majlis perasmian diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat sebelum Jeffrey melakukan sepakan simbolik sebagai tanda rasminya pertandingan.

Pertandingan yang menghimpunkan penyertaan daripada pelbagai jabatan di seluruh daerah Tambunan ini dijadualkan berlangsung sepanjang hari dengan suasana penuh semangat patriotik dan kekeluargaan.