Serah pada polis jalankan siasatan: Ketua Pengarah JPJ

14 Dec 2019 • 6:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) enggan mengulas lanjut dan menyerah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes seorang anggotanya yang kini direman selepas memandu secara berbahaya dan melanggar beberapa kenderaan lain di Jalan Pudu, di Kuala Lumpur semalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid dalam aplikasi WhatsApp ringkasnya kepada Sinar Harian.

"Dah dalam siasatan PDRM...cannot comment (Tidak boleh komen)," katanya dalam WhatsApp ringkasnya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, pemandu Perodua Myvi berwarna biru yang didakwa menyamun orang kurang upaya (OKU) ditahan reman bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visunathan Abdullah berkata, hasil ujian saringan awal juga mendapati pemandu itu positif methamphetamine dan amphetamine.

Polis juga mengesahkan lelaki berusia 25 tahun terbabit merupakan anggota penguatkuasa JPJ.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pemandu Myvi biru dah kena tahan


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved