iPhone SE 2020 Diumumkan – Peranti Kompak 4.7″, Apple A13 Bionic Dan Harga Bawah RM2000

TechnologyDigital
15 Apr 2020 • 11:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ura-ura sejak setahun lalu akhirnya menjadi realiti selepas Apple iPhone SE 2020 dilancarkan sebentar tadi. Ia adalah peranti dengan rekaan klasik iPhone SE asal tetapi dijana cip pemproses Apple A13 Bionic yang digunapakai pada iPhone 11 tahun lalu.

image is not available
iPhone SE 2020 dilengkapi skrin 4,7″ LCD Retina Display, dijana cip Apple A13 Bionic, storan sehingga 256GB, kamera utama 12-Megapixel dan kamera hadapan 8-Megapixe. Seperti biasa Apple merahsiakan saiz RAM serta bateri yang digunakan pada peranti mereka setiap kali ia dilancarkan.

Menongkah arus ura-ura yang didengari sebelum ini, iPhon SE 2020 mengekalkan penggunaan butang Home dengan pengimbas cap jari Touch ID. Skrin ini mempunyai sokongan Haptic Feedback , kalis air IP68 dan boleh memaparkan kandungan HDR10. Di Amerika Syarikat harga jualan iPhone SE 2020 bermula dari  $399 (~RM1733) sebuah.

Sedang dikemaskini

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved