Penunjuk perasaan bertahan di sekitar pejabat Bawaslu

23 May 2019 • 8:09 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

JAKARTA - Kumpulan penunjuk perasaan dilaporkan masih berhimpun berhampiran Pejabat Badan Pengawas Pemilu (Bawaslu) di Jakarta dan pihak polis berada dalam keadaan siap siaga.

Tinjauan di lokasi pada jam 2.43 pagi (waktu tempatan) mendapati penunjuk perasaan bertumpu di sekitar Jalan Wahid Hasyim, kira-kira 100 meter dari pejabat Bawaslu yang terletak di Jalan MH Thamrin.

Difahamkan, penunjuk perasaan bertindak membaling batu dan mercun ke arah petugas keselamatan menyebabkan gas pemedih mata terpaksa dilepaskan bagi melerai ketegangan.

Rusuhan membantah keputusan rasmi pilihan raya Indonesia yang diumumkan pada Selasa lalu kini memasuki hari ketiga.

Laporan setakat ini mengatakan enam maut sementara beratus yang lain cedera ekoran rusuhan ganas tersebut. - Agensi


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved