G-Shock Coca-Cola Vol 2 Tampil Dengan Inspirasi Dari ‘Botol Kaca’ Hijau

Design
28 Aug 2023 • 8:13 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Keluaran khas G-shock hasil kolaborasi dengan beberapa jenama lain sering menghiasi pasaran. Sama ada rekaan terkini atau pun tidak, edisi khas dari jenama ini pastinya di tunggu-tunggu oleh peminat. 

Baru-baru ini, G-shock melancarkan edisi khas terbaharu mereka hasil kerjasama sekali lagi dengan Coca-Cola. Sekali lagi? Ya ini adalah G-shock Coca-Cola Vol 2 dan mempunyai dua jenis model jam tangan yang akan menggamit memori anda.

image is not available
Dua model G-Shock Coca-Cola Vol 2 dengan ciri-ciri eksklusif

Sesuai namanya, kedua-dua model akan diberikan bekas istimewa bertemakan Coca-Cola. Jadi untuk model yang pertama iaitu DE-5600, ia menggunakan warna tema minuman berkarbonat tersebut iaitu merah dan warna putih pada bahagian dial jam .

Namun menjadi persoalan kepada model yang kedua iaitu DW-6900, jam tersebut mengenakan warna hijau lutsinar dan putih pada dial jam sedangkan hampir semua orang tahu warna tema Coca-Cola ialah merah dan putih.

Justeru, edisi ini berjaya menarik perhatian ramai dan warna hijau tersebut diinspirasikan daripada botol kaca minuman Coca-Cola. Botol kaca merupakan medium awal ketika air ini dipatenkan sebelum diinovasikan dalam bentuk lain termasuk  tin. 

image is not available
Bekas istimewa bertemakan Coca-Cola

Jika anda berpeluang untuk mendapatkan air Coca-Cola dalam botol tersebut, cuba lihat dengan teliti. Anda pasti akan melihat warna hijau lutsinar di seluruh permukaan botol kaca itu. Jadi model G-shock ini akan menggamit memori kepada sesetengah penggemar minuman Coca-cola suatu ketika dahulu.

image is not available
Menampilkan bentuk botol kaca Coca-Cola untuk mod cahaya

Kemudian, model G-shock gabungan Coca-Cola ini juga selalunya akan memaparkan logo atau tulisan Coca-Cola di bahagian dial jam apabila anda menekan mod cahayanya. Istimewanya dan rare untuk kali ini, ia menampilkan bentuk botol kaca Coca-Cola dan elemen ini menyerlahkan ciri eksklusifnya jam tangan tersebut.

image is not available
Warna hijau yang diinspirasikan daripada botol kaca minuman Coca-Cola

Keluaran model volume 2 Coca-Cola ini sememangnya lain daripada yang lain. Tapi,  dukacita dimaklumkan bahawa dua model tersebut tiada di pasaran Malaysia. Anda hanya boleh membelinya melalui online di laman sesawang rasmi G-Shock US dengan harga lebih kurang RM160 seunit. 

Kepada yang berminat, cepat-cepat buat pesanan sementara stok masih ada memandangkan ia baharu saja dilancarkan. - Getaran, 28 Ogos 2023

Sumber: G-shockUS.com

Sumber Foto: GShock.com dan G-Centra.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved