G-Shock Rangeman GPR-H1000 Dilancarkan Dengan Sensor Kesihatan Dan GPS Terbina

TechnologyDigital
8 Jan 2024 • 8:03 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Casio G-Shock Rangeman GPR-H1000 telah dilancarkan sebagai jam tangan tahan lasak baharu. Ia dibangunkan khusus bagi aktiviti luar dengan pelbagai fungsi yang disediakan didalamnya.

image is not available
GPR-H1000-9

Misalnya seperti sokongan Triple Sensor yang boleh mengukur kompas, ketinggian/tekanan barometrik dan suhu. Diikuti juga sensor optik untuk kadar degupan jantung, pengesanan aktiviti harian seperti bilangan langkah, gyroscope bagi menentukan arah dan GPS pula untuk mendapatkan data lokasi.

Selain itu jam tangan ini menampilkan kebolehan untuk mengecas menggunakan tenaga solar. Pada masa sama disertakan juga lampu Super Illuminator LED bagi memudahkan penggunaan dalam tempat yang gelap.

image is not available
GPR-H1000-1/GPR-H1000-9

Bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti luar, peranti ini direka untuk menyokong sembilan aktiviti di lapangan termasuk larian, berbasikal dan berenang. Pengguna juga boleh memeriksa maklumat pelbagai data menggunakan fungsi Powered by Polar melalui aplikasi Casio Watches App.

Ia dijual pada harga $500 (~RM2,326) seutas dengan pilihan warna kuning dan hitam.

View Original Article