Ahli Lembaga Pengarah UDA bantu KKM perangi Covid-19

LocalPolitics
7 Apr 2020 • 8:16 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Ahli Lembaga Pengarah UDA Holdings Berhad (UDA), Rosli Dahlan yang kini telah sembuh daripada jangkitan koronavirus (Covid-19) mengambil langkah membantu Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memerangi wabak tersebut.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Rosli yang juga pesakit Covid-19 telah menyampaikan sumbangan daripada Amanah Yayasan NAMA berjumlah RM150,000.

"Saya bangga apabila bekas pesakit Covid-19 kini mengambil langkah membantu KKM," katanya.

Menurutnya, UDA merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) paling teruk terjejas berikutan beberapa pegawainya disahkan positif wabak itu sejak Mac lalu.

"UDA telah bermurah hati untuk menaik taraf wad kuarantin di beberapa buah hospital bagi menghadapi kemungkinan peningkatan kes pada pertengahan April.

"Saya difahamkan, ada dalam kalangan bekas pesakit kakitangan UDA yang terlibat membantu projek vaksin serum darah.

"Sekiranya projek ini berjaya, mereka ini akan menjadi penyelamat," katanya yang turut mengharapkan rakyat bersatu memerangi wabak berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah UDA dijangkiti Covid-19 selepas enam minggu menghadiri persidangan di Shanghai pada 13 hingga 17 Januari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Ahli Lembaga Pengarah UDA disahkan positif: UDA Holdings

Pengerusi UDA nafi jadi punca gelombang kedua Covid-19