G57 gesa siasatan dipercepat

LocalPolitics
2 Aug 2025 • 9:26 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) menyuarakan kebimbangan terhadap kelewatan siasatan berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina, yang dipercayai menjadi mangsa buli serius di SMK Agama Tun Mustapha, Papar.

Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar, berkata G57 akan memberikan bantuan guaman tambahan kepada keluarga Zara, termasuk khidmat nasihat dan wakil guaman, bagi membantu mereka menuntut keadilan melalui saluran sewajarnya.

Katanya, pihaknya sebelum ini memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan awam bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan, namun perkembangan yang terlalu perlahan kini menimbulkan kebimbangan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Kami menerima aduan dan maklumat tidak rasmi yang mencadangkan siasatan mungkin terganggu disebabkan kemungkinan penglibatan anak individu berpangkat atau berpengaruh.

“Jika benar siasatan ditangguh atau dilindungi kerana status atau pengaruh seseorang, itu tidak boleh diterima. Proses undang-undang mesti dibenarkan berjalan tanpa sebarang halangan,” katanya dalam kenyataan, Jumaat.

Zulkarnain berkata pihaknya kini secara rasmi menyatakan sokongan terhadap langkah seterusnya oleh keluarga Zara, termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak sekolah dan mana-mana individu yang mungkin cuai atau bersubahat dalam kejadian yang membawa kepada kematian mangsa.

Katanya, tekanan akan terus diberikan kepada pihak berkuasa supaya maklumat siasatan disalurkan secara berkala dan telus kepada keluarga dan orang awam.

Zulkarnain berkata, kematian Zara mencerminkan isu keselamatan yang lebih meluas di persekitaran sekolah, khususnya dalam cara kes buli ditangani.

Beliau menggesa Kementerian Pendidikan agar menilai semula mekanisme pengurusan kes buli di peringkat sekolah dan daerah serta memastikan institusi bersedia memikul tanggungjawab apabila sistem perlindungan gagal.