
Kota Kinabalu: Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) menyambut baik cadangan Chin Tek Ming untuk memanggil Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, memberi keterangan dalam saman membabitkan Sabah Mineral Management (SMM) dan Jontih Enggihon.
Menurut Chin, yang juga peguam kepada Jontih, lebih 20 individu, termasuk Hajiji dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah, dijangka dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah.
AdvertisementPengerusi G57 Datuk Zulkarnain Mahdar, menegaskan bahawa Hajiji dan Adun Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersedia membersihkan nama mereka serta membuktikan kesalahan yang dilakukan oleh Jontih.
“G57 yakin bahawa SMM mempunyai bukti kukuh mengenai salah laku yang berlaku ketika Jontih memegang jawatan CEO SMM,” katanya dalam satu kenyataan.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Beliau turut mendakwa bahawa pakatan perniagaan yang dikenali sebagai “kartel mineral Sabah”, termasuk Jontih dan Datuk Albert Tei, akhirnya akan terbongkar.
“Pada masa sama, G57 berharap pasukan guaman SMM dapat menyoal Jontih dan Albert mengenai dakwaan cubaan rasuah bernilai jutaan ringgit terhadap Hajiji bagi mendapatkan kelulusan kontrak mineral, yang didakwa telah ditolak oleh Ketua Menteri,” katanya.
Advertisement
