Semalam imej pengolokan rasmi Huawei P40 tertiris ke arena web. Hari ini tiba giliran Huawei P40 Pro pula tertiris menerusi akaun @evleaks menunjukkan perbezaan rekaan di antara kedua-dua model peranti ini. Untuk tahun 2020, Huawei merasakan telefon pintar yang mementingkan kemampuan fotografi ini perlu dilengkapi tujuh kamera kesemuanya seperti mitos Mutiara Naga.

Turut dapat dilihat ialah mekanisme periskop pada salah satu lensa kamera. Terdapat ura-ura kemampuan zum pada P40 Pro akan lebih tinggi berbanding P30 Pro tahun lalu. Masih tiada bicu audio disertakan dan sekali lagi pembesar suara fizikal hanya pada bahagian bawah. Huawei P40 akan dilancarkan pada bulan Mac kelak.
