Kali pertama ura-ura Oppo akan melancarkan jam tangan pintar mereka ialah pada tahun 2015. Imej pengolokan jam tangan dengan skrin berbentuk bulat telah tertiris. Tetapi selepas itu berita mengenai pelancarannya tidak lagi didengari sehinggalah tahun lalu. Namun begitu mereka nampaknya bersedia untuk melancarkan jam tangan pintar pertama tahun ini dan imej pengolokannya baru sahaja tertiris menerusi akaun Ice Universe.

Dengan jam tangan pintar muka memberikan keuntungan kepada Apple sejak dua suku kebelakangan ini, mungkin kita akan melihat lebih banyak jam tangan pintar dilancarkan tahun ini. Tahun lalu Xiaomi Watch telah dilancarkan dan ia turut mempunyai rekaan seakan Apple Watch.
