Gabenor anjur pertandingan tangkap penjenayah, ganjaran lebih RM2,000 

WorldPolitics
25 Jul 2026 • 5:06 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Gabenor anjur pertandingan tangkap penjenayah, ganjaran lebih RM2,000 

JAKARTA  – Gabenor Jawa Barat, Dedi Mulyadi mengesahkan ganjaran tunai sebanyak 10 juta rupiah (RM2,281) yang ditawarkan dalam pertandingan menangkap perompak dan penjenayah datang daripada wang peribadinya, lapor agensi berita ANTARA. 

Penggunaan kewangan sendiri itu bukti komitmen Dedi untuk segera campur tangan dalam membanteras peningkatan jenayah jalanan, selain menghidupkan semula rondaan menerusi pemberian ganjaran dalam komuniti. 

“Tidak, wang itu datang daripada saya,” kata Dedi di kawasan Arcamanik, Bandung semalam. 

Beliau percaya pendekatan berasaskan insentif kewangan sangat relevan dengan budaya Indonesia, yang lazimnya didorong oleh bentuk penghargaan secara terbuka.

“Tradisi negara kita adalah ganjaran. Di sekolah, jika seseorang mendapat tempat pertama dan diumumkan, mereka semakin rajin belajar. Jika terdapat pertandingan di rantau ini, mereka juga menjadi lebih bersemangat,” katanya.

Selain meningkatkan kesedaran awam, Dedi menekankan bahawa skim ganjaran tunai direka secara psikologi untuk membendung peningkatan tindakan vigilante di lapangan.

“Logiknya mudah. ​​Contohnya, jika pencuri motosikal ditangkap, jangan pukulnya sampai mati. Dengan pertandingan ini, ganjaran 10 juta rupiah akan diterima jika individu terbabit menyerahkan pelaku kepada polis,” tambah Dedi. 

Menurutnya, individu yang ingin menerima ganjaran tersebut mesti menyerahkan pelaku ke balai polis dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan akibat dipukul. – AGENSI

The post Gabenor anjur pertandingan tangkap penjenayah, ganjaran lebih RM2,000  appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved