
MENGGABUNGKAN unsur sejarah, budaya dan fantasi menjadi taruhan menerusi sebuah lagi filem tempatan, Tribesman – The Last Red Hunter.
Pengarah dan penulis skrip Flora Juanis Sallemuda berkata filem berkenaan pada awalnya ditulis berdasarkan kisah hidup pahlawan Murut, Antenom atau nama sebenarnya Ontoros Buyusan. “Untuk menghasilkan sebuah filem berdasarkan kisah benar, kita perlu menjalankan banyak kajian yang boleh memakan masa sehingga bertahun-tahun. Namun, apabila kami buat kajian, sebaliknya lebih banyak persoalan yang timbul.
