Gabungan AI & Radio, MuzikFM Perkenal Inovasi Baharu Sempena Hari Radio Sedunia 2025

LocalEntertainment
10 Feb 2025 • 3:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

MuzikFM, stesen radio digital di bawah Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyambut Hari Radio Sedunia 2025 pada 13 Februari 2025 di Hotel Bellevue Bukit Bendera, Pulau Pinang.

Tema “Radio dan Perubahan Iklim”

image is not available

Bertemakan “Radio dan Perubahan Iklim”, sambutan ini bakal menekankan kepentingan kesedaran terhadap isu perubahan iklim yang semakin meruncing.

Majlis ini juga menandakan ulang tahun pertama MuzikFM yang telah beroperasi sepenuhnya dalam talian sejak pelancarannya pada 13 Februari 2024 di Tanjung Piai.

Tahun ini, MuzikFM memperkenalkan DJ Meyra Khan yang akan bergandingan bersama DJ Aliff TheChamp. Gandingan ini menjanjikan pengalaman pendengaran yang lebih segar dan menarik untuk para pendengar.

Perkenalkan teknologi baru

image is not available

Sebagai sebahagian daripada inovasi RTM, MuzikFM turut memperkenalkan teknologi kecerdasan buatan AIRa, yang meningkatkan pengalaman radio digital dengan kandungan yang lebih menarik dan interaktif.

Para peminat MuzikFM boleh menikmati siaran dalam talian melalui muzikfm.rtm.gov.my, RTM Klik, atau memuat turun aplikasi MuzikFM di Google Play.

Mari bersama-sama kita terus menyokong penyiaran digital, sambil memberi tumpuan kepada perubahan iklim yang semakin mendesak.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 3 weeks ago

“Dia Bukanlah Nak Ikut Saya Sangat Tapi...” - Syafiq Kyle Bangga Adik Jadi Penyampai Radio, Anggap Segalanya Bergantung Kepada Rezeki