Gabungan artis, penyair jayakan Puitika Pujangga Madani di Muzium Kesenian esok

22 Aug 2026 • 4:21 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Gabungan artis, penyair jayakan Puitika Pujangga Madani di Muzium Kesenian esok

KUALA LUMPUR : Muzium Kesenian Islam di sini bakal digegarkan dengan persembahan muzikalisasi puisi yang menggabungkan deklamasi puisi, monolog, syair, gurindam dan sajak yang disulami lagu puisi dan nuansa teaterikal menerusi program Puitika Pujangga Madani petang esok.

Program tersebut merupakan sebuah lagi usaha pemerkasaan kesusasteraan dan seni berbahasa kebangsaan sebagai meraikan ulangtahun penganjuran yang ke-10 serta merayakan Tahun Melawat Malaysia 2026

Antara yang terbabit ialah Sasterawan Negara (SN) Datuk Dr. Zurinah Hassan, Datuk Dr Lim Swee Tin, Datuk Francissca Peter, AGI, Umair Uzair, Lin Hazlinza, Shirley Idris dan Arja Lee.

Program tersebut dianjurkan bagi menandai sebuah negara berjat idiri dan memiliki kesenian berbahasa yang unggul selain menjambatani hubungan kesusasteraan Malaysia dan Kuala Lumpur sebagai kota seni berbahasa di peringkat nasional melalui persembahan oleh Sasterawan Negara, Penerima Anugerah Sastera Asia Tenggara, Pujangga Negara, deklamator kebangsaan dan seniman nasional.

Melalui persembahan tersebut , istilah deklamasi puisi dapat dipamerkan dalam tingkat persembahan yang berbeza dengan penampilan Shirley Idris dengan puisitari, Lin Haslinaz melalui monolog dan Umar Uzair dalam lagu puisi.

Meneruskan aturan persembahan ialah Arja Lee melalui monolog, AGI dengan sajak dan Zurinah dengan sajak dan gurindam.

Dalam pada itu paduan suara legenda muzik Francissca bersama Umar menukar citra acara sebelum penyampaian solo Francissca menerusi lagu-lagunya yang berpuitika.

Lim Swee Tin pula menutup persembahan dengan penyampaian menorah dan seni tarian Kelantan.

Program tersebut turut disokong Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi sokongan Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) serta rakan strategik Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Teknik dan Muzium Kesenian Islam Malaysia sebagai lokasi rasmi selain
Persatuan Alumni Yayasan Anda Akademik Malaysia.

Puitika Pujangga Madani sebuah lagi usaha pemerkasaan kesusasteraan dan seni berbahasa kebangsaan serta sebagai usaha memupuk semangat positif kepada bahasa kebangsaan dan kreatif dalam kalangan rakyat Malaysia selain menjadi medium dalam menjembatani hubungan sosio budaya dan ekonomi kreatif dalam negara

Program tersebut merupakan hasil inisiatif Meja Poedjangga Malaysia sebagai organisasi penggerak seni berbahasa negara yang telah lebih sedekad dalam penganjuran pelbagai festival puisi dan kesusasteraan dalam negara

Gagasan Puitika telah diusahakan sejak 2017 buat pertama kali dipersembahkan di Istana Budaya dan seterusnya melalui sejarah yang panjang di beberapa lokasi ikonik seluruh negara termasuklah di Pusat Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC), Muzium Negeri Terengganu, Menara Alor Setar, Tapak Arkeologi Sungai Batu, Panggung Seni Kota Mahsuri dan Pantai Bisikan Bayu.-UTUSAN

The post Gabungan artis, penyair jayakan Puitika Pujangga Madani di Muzium Kesenian esok appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved