‘Gabungan parti mampu capai kestabilan politik’

Politics
10 Sep 2022 • 4:35 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kestabilan politik di Sabah boleh dicapai menerusi pendekatan kerajaan negeri untuk menubuhkan entiti politik di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menggabungkan beberapa komponen parti, bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketua Exco Wiramuda Star Sabah, Kong Soon Choi berkata, perjalanan politik juga lebih tersusun kerana GRS bergerak seiring dengan hanya membawa satu lambang gabungan, di mana rakyat tidak lagi keliru pada pilihan raya umum akan datang.

“Sebagai pemimpin muda dalam politik negeri Sabah, kita juga bersetuju dengan rakyat negeri ini yang mahu melihat kestabilan politik yang seterusnya menjamin taraf hidup sempurna rakyat Sabah.