Gabungan parti nasional-tempatan pilihan terbaik: Rafizi

LocalPolitics
7 Oct 2024 • 4:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Agust Dean

PUTATAN: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata gabungan antara parti nasional dan tempatan adalah pilihan terbaik untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat Sabah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Rafizi, yang juga Menteri Ekonomi berkata, dalam menghormati pandangan pihak yang mahu hanya parti tempatan bertanding, rakyat sedar kesejahteraan di Sabah adalah tanggungjawab bersama antara kerajaan Persekutuan dan negeri.

Maka, kaedah yang paling baik adalah mewujudkan persefahaman dan saling menghormati antara Persekutuan dan negeri.

“Itu pandangan saya dan pandangan PKR. Bagi mereka yang punya pandangan berlainan, saya pasti ada asas mereka masing-masing sebab itu kepada PKR Sabah, nasihat saya adalah sementara kita ada pandangan masing-masing kita tak boleh biarkan rakyat terkontang-kanting,” katanya ketika ditemui pada Konvensyen Keadilan Menang Siri PRU16 (Kemas16) dan Pemerkasaan Organisasi Parti 25 Tahun (POP25), di sini, Sabtu.

SPONSORED CONTENT The Logg Luyang Honored with Integrated Development Excellence Award at SHAREDA 2024 Kota Kinabalu: Kota Kinabalu, 30th September 2024 – The Logg, a premier development by K.T.I Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of KTI Landmark Berhad., has been awarded the prestigious Integrated Development Excellence Award at the 2024 SHAREDA (Sabah Housing and Real Estate Developers Association) event. Read more Mengenai kerjasama Barisan Nasional (BN)-PH, Rafizi berkata, urusan berkaitan komposisi gabungan tertakluk kepada pertimbangan dan rundingan yang akan diputuskan di peringkat Majlis Kerajaan Perpaduan.

“Apa yang pasti pada ketika ini, PKR Sabah adalah sebahagian anggota komponen kerajaan negeri yang baik.”

Rafizi juga berkata keperluan mewujudkan Tabung Amanah bagi peruntukan Persekutuan yang tidak habis digunakan harus mengambil kira keputusan kerajaan untuk menyerahkan projek di bawah RM50 juta kepada Sabah.

Beliau berkata walaupun tanpa ada tabung amanah, isu berkaitan peruntukan Persekutuan sebahagiannya telah selesai melalui keputusan menyerahkan projek di bawah RM50 juta kepada Sabah.

Beliau berkata, sebelum ini yang menjadi polemik adalah biarpun peruntukan telah diluluskan tapi, apabila agensi Persekutuan lambat melaksanakannya maka, peruntukan tersebut tidak sampai kepada kerajaan Sabah.

“Sebenarnya perkara itu sebahagiannya telah diselesaikan dengan keputusan menyerahkan projek di bawah RM50 juta tersebut.

“Namun, kita juga nak memastikan dalam transisi dan peralihan itu, semua projek berjalan dengan baik dan lancar. Saya ingat kita akan melakukannya langkah demi langkah,” katanya ketika Konvensyen Keadilan Menang.

Rafizi berkata isu peruntukan itu sebenarnya dibincangkan dalam kerangka antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kerana ia memang perkara khusus dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.