Gabungan seni unik dua pengkarya di Galeri Shah Alam hingga 19 Jun

6 May 2025 • 12:52 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

OLEH AIDA NYAN

SHAH ALAM, 6 Mei: Pameran seni ‘seNADI seNAFAS’ di Galeri Shah Alam menampilkan gabungan dua pengkarya hebat dalam dunia seni tanah air, Profesor Madya Hasnul Jamal Saidon dan Yang Mulia Raja Shahriman Raja Aziddin.

Pengarah Yayasan Seni Selangor Galeri Shah Alam, Badrul Kahar Mohd Yusof menyifatkan pameran ini sebagai satu penghormatan besar buat negeri Selangor.

“Raja Shahriman membawa karya logam yang memerlukan kekuatan fizikal dan kemahiran teknikal tinggi manakala Hasnul Jamal menampilkan karya bersifat metafora, spiritual dan alam semula jadi.

image is not available
Profesor Hasnul Jamal Saidon di Pameran beliau bertajuk “Senadi Senafas” di Galeri Shah Alam pada 5 Mei 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

“Satu keras dan fizikal, satu lagi lembut dan spiritual. Ia saling melengkapi,” katanya ketika ditemui pada hari pertama pameran itu berlangsung.

Tambah Badrul, pameran ini merupakan kolaborasi pertama mereka selepas lebih dua dekad bergelar anak seni dan bersahabat sejak zaman pengajian.

“Gabungan ini amat unik dan sangat jarang berlaku. Ramai pengunjung dan peminat seni telah lama menantikan detik ini,” katanya.

Pameran seNADI seNAFAS berlangsung di Galeri Shah Alam dari 5 Mei hingga 19 Jun depan. Dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 5 petang secara percuma kepada orang ramai.

image is not available
Karya Senafas oleh Raja Shahriman Aziddin di Pameran “Senadi Senafas” di Galeri Shah Alam pada 5 Mei 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR