Gabungan tradisi, moden dan sentuhan hospitaliti Malaysia, Royale Chulan Seremban jadikan sambutan Tahun Baharu Cina lebih bermakna

LocalFood
1 Mar 2026 • 3:57 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PERAYAAN bukan sekadar tentang tradisi, tetapi juga pengalaman yang dikongsi bersama insan tersayang. Sempena Tahun Baharu Cina, Royale Chulan Seremban mengangkat makna sebenar sambutan melalui gabungan budaya, gastronomi dan suasana hospitaliti yang mesra semua.

Lebih daripada sekadar menikmati hidangan, tetamu diajak meraikan kemakmuran, kebersamaan dan kepelbagaian budaya menerusi sajian istimewa yang menyatukan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

image is not available

Pengurus Besar Royale Chulan Seremban, Abd Halim Md Yusof, berkata sambutan tahun ini membawa misi lebih luas, iaitu mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan masyarakat berbilang kaum.

"Keistimewaannya terletak pada konsep sambutan yang mengekalkan elemen tradisional Cina, digabungkan dengan sentuhan hospitaliti Malaysia yang mesra dan inklusif.

"Kami ingin memastikan setiap tetamu merasai suasana perayaan yang meriah, selesa dan bermakna bersama keluarga serta rakan-rakan," jelasnya.

image is not available

Yee  Sang

Salah satu tarikan utama adalah menu sambutan yang pelbagai dan istimewa, disediakan oleh chef berpengalaman. Antara hidangan utama ialah Yee Sang, simbol kemakmuran dan kebahagiaan, pelbagai sajian klasik Cina yang diperkaya dengan rasa moden, serta pencuci mulut tradisional yang menggoda selera.

Setiap hidangan disediakan menggunakan bahan berkualiti tinggi bagi memastikan rasa dan persembahan terbaik untuk para tetamu.

Abd Halim menambah, sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun lalu mendapat sambutan hangat daripada tetamu tetap dan pelanggan baharu. Maklum balas positif mengenai hidangan dan suasana perayaan mendorong pihak hotel menambah baik konsep sambutan tahun ini agar lebih menarik dan berkesan.

image is not available

Yang menarik, menu Tahun Baharu Cina di Royale Chulan Seremban bersifat inklusif dan halal, sesuai untuk dinikmati semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum.

"Kami percaya makanan adalah medium terbaik untuk menyatukan semua dan sambutan ini adalah peluang untuk para tetamu bukan Cina merasai keunikan serta keistimewaan hidangan perayaan Cina dalam suasana yang mesra dan selesa," tambahnya.

image is not available

Dengan gabungan tradisi, cita rasa moden dan sentuhan hospitaliti Malaysia, Royale Chulan Seremban menjadikan sambutan Tahun Baharu Cina lebih daripada sekadar jamuan, ia adalah pengalaman yang menyatukan masyarakat, mencipta kenangan indah, dan meninggalkan rasa hangat sepanjang perayaan.