
Kota Kinabalu: Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (Sedia) komited memperkasa ekonomi negeri dengan menggabungkan Agro Teknologi dan Bioekonomi dalam sektor pertanian untuk dipacu ke tahap yang lebih tinggi, berdaya saing serta mampan.
Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Hashim Paijan berkata kedua-dua komponen itu adalah penting dan mampu mendorong pertumbuhan ekonomi mampan Sabah, seiring Revolusi Perindustrian 4.0.
“Kita melihat bagaimana teknologi dan inovasi telah mengubah cara kita berfikir, bekerja dan berinteraksi.
“Revolusi ini membawa pelbagai teknologi baru seperti automasi, robotik, kecerdasan buatan (AI) dan Internets Perkara (IoT) pada masa sama telah merevolusikan sektor pertanian,” katanya pada perasmian Program ‘Future Talent Connect’ Siri 1.0 di sini pada Selasa.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Menurut Hashim, perkongsian yang pertama kali diadakan itu adalah sebahagian daripada inisiatif dirancang untuk menyokong Rangka Tindakan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) 2.0 yang bertujuan mendorong pembangunan ekonomi dan sosial di Sabah dengan fokus kepada pertumbuhan inklusif dan mampan.
“Tema Agro Teknologi dan Bioekonomi ini sangat relevan dalam konteks perkembangan ekonomi global kerana penggunaan sumber biologi dan teknologi dalam sektor pertanian kita, sememangnya mampu untuk menghasilkan produk bernilai tambah misalnya biofuel, produk berasaskan tumbuhan dan bahan makanan yang berkualiti tinggi.
“Orang dulu-dulu memiliki hubungan erat dengan tanah dan aktiviti pertanian adalah sumber utama bagi mereka mendapatkan pendapatan dan keuntungan.
“Arus permodenan dan urbanisasi dilihat telah mengubah landskap ini dan saya menyeru semua generasi muda zaman ini untuk ubah persepsi, saya ingin ajak semua untuk memberikan inspirasi kepada generasi muda kita, supaya melihat pertanian dengan sudut baru, sebagai sebuah sektor yang inovatif dan dinamik,” katanya lagi.
Selain itu, Hashim juga menegaskan bahawa generasi muda perlu memainkan peranan penting dalam perubahan yang dirancang itu.
“Kita perlu memberikan mereka sokongan penuh dan buka ruang serta peluang kepada generasi muda kita, agar mereka mampu untuk menjadi ‘game changer’ dalam mendukung usaha memajukan sektor pertanian, agroteknologi dan bioekonomi.
“Saya yakin, kerjasama kita semua pasti mampu untuk mencipta ekosistem bagi mendorong pertanian menjadi sektor yang memberikan sumbangan yang signifikan kepada ekonomi negeri dan keselamatan makanan,” jelasnya lagi.
Dalam siri program itu, seramai 125 peserta terdiri daripada bakal graduan, alumni dan ahli akademik dari institusi pengajian tinggi turut serta.
Objektif penganjuran siri program itu antaranya adalah bagi memupuk minat kumpulan sasaran dengan laluan kerjaya yang berkaitan dengan topik perkongsian, membina serta menjalinkan hubungan rapat dengan kumpulan sasaran yang merupakan peneraju bidang kerjaya berkaitan dengan topik perkongsian, dan mengumpul serta menterjemah data dan maklumat berkaitan untuk digunakan di masa dan pada agenda yang bersesuaian bagi kepentingan pembangunan modal insan.
Antara penceramah jemputan terlibat dalam sesi perkongsian bersama peserta terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif AgriData Portal Sdn. Bhd. Matthew Johnny Kulai, Pengasas A Leaf Cornelius Chong, Pengurus Kanan Malaysia Bioeconomy Development Corporation Sdn. Bhd. Christabel Loni Jiram, Ketua Pegawai Eksekutif AnginDotCom UAS Training & Services Sdn. Bhd. Mohd Ridwan Amirudin dan REDTone IOT Malaysia Digital Economy Corporation Sdn. Bhd. (MDEC) Siti Zuraini Zakaria.
Turut hadir Ketua Pegawai Pembangunan Modal Insan Marina Abd Ghanie, Pengurus Kanan Justin Janim, Naib Presiden Kanan Mary Sintoh, Timbalan Ketua Eksekutif (Sektor Korporat) merangkap Ketua Pegawai Kewangan Yunus Gastom, dan Ketua Pegawai Komunikasi Korporat Sheila Radin.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

