GAC Aion RT Bakal Dilancar Tak Lama Lagi

TechnologyCars
20 Sep 2024 • 5:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Syarikat China Guangzhou Automotive Group (GAC) telah mengembangkan barisan produk kenderaan elektriknya apabila ia melancarkan sebuah lagi EV terbaharunya, Aion RT.

Kehadirannya di pasaran bakal memberikan saingan sengit kepada BYD Seal dan GWM Ora 07.

Menerusi imej rasmi yang disiarkan di China, Aion RT dilihat menggunakan gaya badan saloon gaya fastback selain menampilkan reka bentuk biasa yang diperoleh daripada model elektrik Aion terutama daripada barisan Hyper.

Ia hadir tanpa gril namun lampu depan dan belakangnyanya jenis LED yang tajam dan didatangkan dengan saluran udara di bahagian sisi.

image is not availableimage is not available

Antara kelengkapan lain, ia didatangkan dengan bumbung gaya fastback, dipasang dengan rim aloi bersaiz 17, 18 inci bergantung kepada varian dan pemegang pintunya jenis tersembunyi.

Dari segi dimensi, ia sepanjang 4,865mm, selebar 1,875 mm, setinggi 1,520 manakala jarak roda pula, 2,775 mm.

Menjengah bahagian kabin, Aion RT didatangkan dengan rekaan kabin yang cukup minimalis kerana ia hadir dengan kombinasi warna beige dan hitam.

image is not availableimage is not available

Seperti mana yang dijangkakan, ia juga didatangkan skrin infotainmen jenis terapung manakala pemandunya menerima panel instrumen LCD yang lebih kecil dan tersembunyi di celah stereng

Selain mengenai skrin infotainment, Aion RT juga hadir dengan ciri teknologi yang cukup canggih dimana terdapat pad pengecas tanpa wayar, bumbung kaca panoramik dan banyak lagi.

image is not available

Bagaimanapun, pembuat kereta yang berpangkalan di Guangzhou, China ini tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai rangkaian kuasa dan spesifikasi bateri Aion RT.

Sebaliknya, Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) China mendedahkan bahawa saloon EV itu menampilkan satu motor elektrik dimana ia boleh menghasilkan kuasa daripada 201 hp (150 kW) kepada 221 hp (160 kW).

Ia juga akan hadir dengan pek bateri yang dibekalkan CATL dengan kapasiti yang tidak didedahkan, namun Aion RT dikatakan mampu bergerak sejauh 650 kilometer.

image is not available

Sementara itu, pek baterinya boleh dicas daripada 30 hingga 80% dalam masa 18 minit

Pra-jualan untuk salun GAC Aion RT ini dijadualkan akan bermula pada 26 September untuk pasaran China.

Ini bermakna hanya pada masa itu kami akan mengetahui lebih lanjut mengenai harga dan varian yang ditawarkan.