GAC Akan Memasarkan Robot Dengan Kaki Beroda Pada 2026

TechnologyDigital
27 Dec 2024 • 7:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

GAC Group, salah satu syarikat automotif popular di China, kini mengumumkan perancangan untuk menghasilkan robot dalam kuantiti terhad bermula 2026. GAC Group sedia terkenal dengan penawaran kereta mereka, dan turut telah mempertontonkan beberapa penawaran robotik sebelum ini.

image is not available

Melalui acara khas di Shanghai, GAC Group pada minggu ini telah mempertontonkan robot terbaru mereka dinamakan GoMate. Ia boleh hadir dalam dua mod berbeza, sama ada mod empat tayar atau mod dua tayar. GAC Group mengatakan penggunaan roda sebagai ganti kepada kaki robotik akan berjaya mengurangkan penggunaan tenaga untuk operasi robot berkenaan.

GoMate boleh dikawal menggunakan alat kawalan jauh, mahupun memberikan ia kawalan kendiri sepenuhnya melalui sokongan kecerdasan buatan. Robot ini turut dikatakan mempunyai sokongan pengecaman dan membuat keputusan yang baik.

image is not available

Untuk peringkat awal, robot ini disasarkan untuk digunakan bagi tujuan sekuriti dan keselamatan, logistik, dan juga kesihatan. Dengan perkembangan sihat ini, tidak mustahil kita melihat lebih banyak syarikat menerokai arena robotik ini, dan mula memasarkannya dengan lebih meluas menjelang dekad akan datang.

View Original Article