GAC GS3 EMZOOM 2024 CKD Dilancar: Harga Bermula RM103,800

LocalCars
13 Oct 2024 • 7:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), anak syarikat Warisan TC Holdings Bhd, secara rasminya melancarkan dua varian baharu EMZOOM GAC GS3 2024 versi pemasangan tempatan (CKD) di pasaran Malaysia, sebentar tadi.

Ini bermakna varian tertinggi GAC GS3 EMZOOM Premium R kini disertai oleh dua lagi varian baharu, GS3 EMZOOM Standard dan GS3 EMZOOM Exclusive.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Ketiga-tiga varian dikuasakan oleh enjin 1.5 liter dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 177PS dan 270Nm.

Ini bermakna output dari motor dihantar ke roda depan menerusi transmisi klac berkembar 7-kelajuan yang mana ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 8 saat.

image is not availableimage is not available

Prestasi enjin itu dikatakan ipadankan memenuhi piawaian Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dengan penggunaan purata hanya 5.9 liter bagi setiap 100km.

Ia juga dianggap sebagai kenderaan cekap tenaga kerana menawarkan penggunaan bahan api hanya 5.9 liter untuk setiap 100 kilometer.

Malah, semua model GAC GS3 EMZOOM menampilkan rekaan luarannya yang cukup berani disebabkan kehadiran gril Mecha Wing, lampu depan jenis LED Laser Eye Split serta lampu belakang Light Dart.

image is not available

Tidak ketinggalan, dengan adanya spoiler belakang, rim aloi bersaiz 18-inci serta pemegang pintu jenis tersorok membuatkan ia kelihatan lebih menonjol dan futuristik.

Namun apa yang membezakan denganGS3 Premium R dengan dua varian lain itu adalah ia didatangkan dengan Pakej R-Style Sport dan R-Style Exhaust.

image is not availableimage is not available

Selain itu, kabin semua varian dihiasi dengan warna biru dan hitam selain hadir dengan jarak roda 2,650 mm sekali gus merupakan antara model terpanjang dalam kelas GS3 EMZOOM.

Malah, kesemua varian juga hadir dengan stereng multi-fungsi balutan kulit serta tombol gear kristal termasuk pelarasan stereng teleskopik empat hala .

Dari segi ciri teknologi, ia hadir dengan sistem infotainmen dengan skrin sentuh 10.25-inci dengan sokongan Apple CarPlay tanpa wayar dan Android Auto, brek parkir elektronik dengan auto hold serta peninjau titik buta.

Bagaimanapun, kesemua ciri adalah ciri standard untuk semua varian.

image is not available

Mengenai pilihan warna pula, GAC GS3 EMZOOM Standard hadir dalam warna: Frost White dan Asphalt Black.

Sementara itu, varian GAC GS3 EMZOOM Exclusive menawarkan dua pilihan tambahan, iaitu Salt Lake Blue dan Superstar Silver.

Bagaimanapun, kesemua warna ini tersedia untuk GS3 EMZOOM Premium R, yang menampilkan warna Graphite Grey yang eksklusif, sebagai tambahan kepada trim luaran oren sporty yang terhad kepada varian teratas.

Difahamkan, warna Asphalt Black dan Graphite Grey adalah warna eksklusif untuk GAC GS3 EMZOOM CKD memandangkan warna ini tidak ditawarkan di pasaran luar Malaysia.

image is not available

Bagi yang berminat dengan jentera, kesemua varian didatangkan dengan waranti standard 5 tahun atau 150,000 km.

Malah, hanya 2,000 pelanggan terawal yang akan menikmati perlindungan tambahan iaitu waranti enjin dan trenkuasa selama 7 tahun atau 180,000 km .

image is not available

Mengenai harga, varian standard GAC GS3 EMZOOM CKD 2024 (RM103,800), GS3 EMZOOM Exclusive (RM116,800) manakala GS3 EMZOOM Premium R (RM126,800).