Gadis Akui Jual ‘Pant*t’ Di Media Sosial Untung RM15k, Buat Belanja Mak Ayah

Entertainment
11 Jul 2023 • 7:58 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Kalau korang perasan, servis pelacuran secara dalam talian sekarang ni banyak dilakukan secara terbuka dalam media sosial seperti Twitter dan Tiktok. Allahu..

Menurut laporan dari sebuah portal hiburan, seorang gadis yang dikenali sebagai Lisa tampil bercerita mengenai sisi hitam sepanjang dia dalam dunia persundalan ‘dark side’ ini.

Lisa juga mengatakan yang faktor utama dia terlibat dalam aktiviti itu adalah kerana kewangan yang tidak mencukupi dan mengetahui mengenai dunia dark side ini adalah daripada rakan sekerja.

image is not available

Dark side dia macam satu akaun yang dibuat secara senyap dan tiada siapa yang tahu. Masa tu saya muda dan baru habis belajar. Fresh grad dan tak cukup duit. Rasa nak beli kereta, rumah semua. Mula-mula saya tak tahu kat socmed boleh buat duit.

Saya tengok apa yang mereka kongsi. Nama pun dark side, jadi mereka kongsi gambar tak sepatutnya. Semua orang kongsi foto tanpa muka dengan gambar seksi dan bogel.

Ujarnya, pada mulanya dia berasa takut kerana risau ‘kantoi’ dan mula memuat naik foto bahagian bawah badan sehingga dia berjaya meraih ribuan ringgit.

Lisa kemudian ‘memberi lebih’ kecuali muka namun sepanjang terlibat dalam aktiviti itu, dia tidak berasa gembira dan sedar mengenai keburukan perbuatan itu.

Setelah ditawarkan wang yang banyak oleh seorang VIP untuk membeli foto keseluruhan badan termasuk wajah, Lisa menjadi gelap mata sebelum ia menjadi titik tolak kepada ‘kejatuhan’ karier sambilannya itu.

Kredit: Portal Hiburan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.