Gadis Buta Terima ‘Golden Buzzer’, Berjaya Tawan Hati Juri America’s Got Talent

Music
8 Jun 2023 • 9:54 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tidak dapat dinafikan, seseorang boleh menunjukkan bakat yang terpendam melalui rancangan realiti televisyen yang sentiasa memberi ruang kepada umum untuk mencapai impian dalam kehidupan.

Begitu jugalah yang dirasai oleh seorang gadis dari Indonesia, Putri Ariani yang baru sahaja berusia 17 tahun yang telah berjaya membuka mata dunia apabila dia berjaya menerima ‘Golden Buzzer’ menerusi rancangan America’s Got Talent daripada juri, Simon Cowell.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh laman Facebook rasmi program tersebut, Putri Ariani yang juga mengalami kecacatan penglihatan (buta) tampil dengan persembahan yang memukau telah berjaya meraih perhatian penonton.

 

Dalam video tersebut, kelihatan Putri mempersembahkan sebuah lagu hasil ciptaannya malah, Simon naik ke pentas dan memintanya mempersembahkan sebuah lagu lagi.

“Saya beritahu Putri, saya suka sangat suaranya, saya mahu dia menyanyikan lagu kedua,” jelas Simon.

“Lagu ini untuk anda,” kata Putri sebelum mendedikasikan lagu Elton John yang turut dipopularkan oleh kumpulan Blue, Sorry Seems to be the Hardest Word kepada Simon.

image is not available

Bahkan, apa yang lebih mengujakan, semua penonton yang hadir telah memberikan standing ovation selepas melihat persembahan unik daripada Putri.

“Saya fikir kita semua merasainya, anda berusia 17 tahun, boleh menulis lagu dan mempunyai suara yang sangat tersendiri. Ia sangat bagus dan ada sesuatu mengenai anda,” kata Simon sebelum menekan Golden Buzzer.

Dalam pada itu, Putri turut meluahkan hasratnya dimana mahu melanjutkan pengajian di sekolah musik terkemuka di Amerika Syarikat, Juiliard.

image is not available

“Impian saya ingin menjadi seorang diva seperti Whitney Houston dan memenangi anugerah Grammy,” ujarnya.

Kini, Putri merupakan salah seorang peserta akhir untuk AGT pada musim 18 dan bakal bersaing dengan peserta lain untuk berebut hadiah bernilai AS$1 juta dan kongtrak persembahan di Las Vegas.

image is not available

Sumber: Facebook @America’s Got Talent